Powered By Blogger

Monday, December 26, 2011

Doa

3:16

(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";


Al Imran  16



Salam pada semua.

Alhamdullillah dengan izin Allah swt kita semua dapat meneruskan kerja ibadat kita pada setiap hari. Selawat dan Salam kapada junjungan besar Nabi Mohammad saw, Selawat dan Salam kapada keluarga Baginda dan  dan sahabat sahabat Baginda.

Sebagai umat Islam kita sewajarnya berdoa kahadapan Allah swt pada tiap ketika untuk kejayaan dan keberkatan hidup kita. Doa merupakan senjata mukmin dan Allah swt menjamin bahawa segala doa kita akan ditunaikan secara segara, ditangguh atau akan ditunaikan di akhirat nanti. Yang perlu kita hendaklah senantiasa berdoa kahadapan Allah swt.

Para ilmuwan ada mengatakan sekiranya doa kita tidak dimakbulkan di dunia,  ini adalah semata-mata kerana Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Tidak dilaksana tidak bererti ianya tidak mematuhi janji tapi sebenarnya Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya sendiri.

Kita masih ingat kisah seorang sahabat Nabi Mohammad saw ianya sangat miskin sehinggakan sahabat tersebut selepas solat jemaah terus pulang kerumahnya. Nabi Mohammad saw  bertanya pada sahabat tersebut mengapa tiap kali selepas solat berjemaah sahabat tersebut terus pulang kerumahnya. Jawapan dari sahabat tersebut adalah beliau perlu pulang segara kerana kain yang dipakainya  perlu berkongsi dengan isterinya pula bagi siisteri pula menunaikan solat dengan segera. Beliau tidak mampu untuk membeli pakaian bagi dipakai oleh isterinya untuk bersolat.

Akibat dari keadaan kemiskinan beliau, sahabat tersebut memohon pada Nabi untuk mendoakan untuknya agar hidupnya menjadi lebih baik. Nasihat Nabi kapada sahabat tersebut adalah biarlah kehidupannya seperti sekarang kerana bila hidupnya menjadi senang nanti mungkin sahabat nanti tidak pula dapat menunaikan perentah dari Allah swt.

Nasihat Nabi tidak diendahkan oleh sahabat tadi dan beliau terus merayu agar Nabi Mohamad saw mendoakan agar kehidupannya menjadi lebih baik lagi.

Bila Allah swt tunaikan doa dari Nabi Mohamad, kehidupan sahabat tersebut menjadi lebih baik tetapi beliau mula  tidak lagi datang solat berjemaah malah zakat dari hasil pemeliharaan kambingnya juga tidak dilaksanakan.

Jadi kita perlu ambil iktibar dari kisah ini, Kita sewajarnya terus berdoa kapada Allah swt pada tiap ketika dan terus berusaha bagi mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah swt. Hasilnya kita serahkan saja pada Allah swt. Pahala kita berusaha dan berdoa sudah cukup menjadi bekalan kita di dunia akhirat nanti. Insyallah.   

No comments:

Post a Comment