Powered By Blogger

Monday, December 26, 2011

Ampun

3:147


Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

 Al Imran   147


Assalammualaikum wrt

Marilah kita memanjatkan kesyukuran terhadap Allah swt diatas nikmat yang dikurniakan kapada kita: nikmat kita dizahirkan sebagai umat Islam, nikmat berkeluarga sebagai umat Islam dan nikmat Iman dan Islam   yang dikurniakan pada kita semua.

Salam dan selawat kapada junjungan besar pemimpin kita Nabi Mohammad saw.  Agar kita semua mendapat syafaat dari Baginda saw dihari yang tiada siapa dapat membantu kita melainkan kerahmatan dari Allah swt dan syafaat dari Baginda Rasulallah saw.


Sebagai umat manusia kita tidak sunyi dari melakukan pelbagai kesalahan dan kesilapan. Ada hari diwaktu semangat memuncak kita mungkin  bagitu kyusuk beribadat tapi bila semangat pudar mungkin pula banyak kesilapan yang  kita lakukan. Penulis tidak mengatakan ini pada orang lain tapi untuk diri penulis sendiri yang bagitu banyak melakukan kesilapan.

Untuk ini kita perlulah banyak bertaubat, berishtighafar agar Allah swt lindungi kita dari melalui hari hari yang pudar semangatnya.  Agar kita senantiasa menjadi hamba-hamba yang taat pada perintah Allah swt.  Senantiasa memberi keutamaan kapada amal ibadat  kerana Allah swt semata-mata.

Pengalaman penulis sendiri sekiranya kita  senantiasa berishtiqamah melakukan ibadat semata-mata kerana Allah swt, Insyallah Allah swt  akan menambahkan lagi nikmat pada kita. Kadang-kala petunjuk akan datang dalam bentuk mimpi dan alamat yang tidak disangka sangkakan.  Ini semata -mata akan menambahkan lagi keyakinan kita terhadap ugama Islam yang suci sepanjang hayat kita.

Sebagai penutup marilah kita bersama-sama berdoa agar kita semua menjadi hamba yang soleh dan solehah. AMIN.   


No comments:

Post a Comment