Powered By Blogger

Friday, February 25, 2011

Dugaan kita

"Dan jika mereka beriman dan bertakwa, pahala dari Allah swt pasti lebih baik, sekiranya mereka tahu"

Al Baqarah  103


Salam pada semua,

Memang menjadi satu ujian bagi kita untuk menunaikan tanggung jawab kita sebagai umat Nabi Mohammad saw. Rata rata antara kita memang memahami ayat di atas dimana yang lebih tinggi nilainya adalah menunaikan segala suruhan Allah swt dan meninggalkan segala tegahan dan laranganNYA.

Tapi ramai antara kita yang masih mengabaikan perentah Allah swt. Kita masih lagi dipengaruhi oleh nafsu yang negatif dan godaan syaitan yang menyesatkan.

Menurut seorang ilmuwan Islam, kita sebagai hamba Allah mempunyai empat jenis nafsu ia-itu nafsu anjing, nafsu babi, nafsu syaitan dan nafsu malaikat. Bila mana nafsu yang tiga terawal mengatasi nafsu malaikat kita akan jauh dari suruhan Allah swt. 

Nafsu anjing kita akan turut kata hati tiada rasa kesyukuran dan belas ehsan apa sahaja yang kita rasakan menguntungkan diri sendiri kita akan turut nafsu kita. Nafsu babi pula tidak ada pengawalan tentang kebersihan apa saja yang menyeronokkan akan diikut kata hati. Paling teruk nafsu syaitan tidak ada pertimbangan lansung apa saja di hentam. Pantang jumpa, pantang lepa semua jadi kerana diikutkan hawa nafsu tadi.

Yang terbaik adalah nafsu malaikat menjalankan segala perentah Allah swt dan ditinggalkan segala laranganNya. Kalau ikut hadith Nabi Mohammad saw orang yang bijak ialah orang yang ingatkan mati. Jadi orang yang nafsu yang tiga terawal mengatasi nafsu malaikat sebenarnya dia tidak takut mati. Mungkin bagi dia merasakan hidup di dunia ini adalah selama-lamanya.  Tidak ada hari pembalasan.

Menurut maksud ayat diatas ia-nya mengingatkan kita bahawa anugerah dari Allah swt lah yang paling baik. Ianya hanya kita sedari bila kita tidak lagi berada didunia ini . Tapi kalau kita terus berseronok kita tidak akan menyedari hakikat ini.

Bagi penulis sendiri itulah dugaan utama setiap hari. Penulis rasakan dirinya diserangi oleh perkara perkara yang negatif. Kadang-kadang kalah juga kita dibuatnya. Hanya pada Allah swt sahaja tempat kita bertaubat dan minta keampunan. Kita ini manusia biasa seorang hamba yang lemah. Marilah kita pohon doa dari Allah swt agar diri kita dilindungi dari serangan nafsu jahat dan sifat-sifat mazmumah. Agar kita dapat menghembuskan nafas kita dengan kalimah tauhid,  kalimah syahadah .  AMIN.