Powered By Blogger

Monday, December 5, 2011

Malam

40:61


Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

Surah Al Ghafir 61
Salam pada semua.

Bagitulah nikmat yang Allah swt berikan kapada kita semua untuk bertugas pada waktu siang hari dan berehat pula pada waktu malamnya.


Pada waktu ini di negara kita arahan dari Allah swt menjadi terbalik pula. Diwaktu  malam dijadikan masa untuk mencari rezeki hingga kelarut malam. Pernah satu ketika penulis balik dari kampong dan sampai ke Kl penulis singgah kesatu kedai kopi.   Diwaktu dini pagi bagitu ramai pula remaja Islam menjadi pengunjungnya sedangkan  pada waktu paginya pula adalah hari bekerja.


Bagitu juga jika terdapat siaran lansung bola-sepak, peminat sukan tersebut tidak akan tidur hingga subuh hari semata-mata hendak menyaksikan perlawanan bolasepak pasukan "favourite" nya saja. Bagitu banyak masa malam yang terbuang sedangkan ajaran dari Allah swt mengarahkan hambanya beristerehat diwaktu malam.


Di kebanyakan bandar utama negara kita pula timbul penomena baru dimana pihak berkuasa tempatan mengadakan pasar malam dari jam 10 malam hingga jam 3 pagi pada tiap malam.  Pihak berkuasa tempatan secara lansung terlibat menggalakkan orang ramai khususnya orang-orang Islam agar mengabaikan ajaran dari Allah swt tersebut.


Pengajaran yang perlu kita ambil adalah penting kita umat Nabi Mohamad saw meningkatkan enam perkara berikut bagi menangkis unsur-unsur negatif yang menyerap masuk kedalam budaya umat Islam di negara kita ini.


Enam perkara tersebut adalah:
         Pengukuhan Akidah
         Pengukuhan Akhlak
         Pengukuhan Ilmu
         Pengukuhan Ekonomi
         Pengukuhan Persaudaraan
         Pengukuhan Jihad


Sekiranya enam perkara diatas dapat kita pertingkatkan, Insyallah kita semua akan menjadi insan-insan yang cemerlang dunia dan akhirat.


Pengukuhan akidah dengan erti kata yakin dengan kewujudan Allah swt, yakin dengan rezeki dan takdir dan yakin dengan ketentuan dari Allah swt.


Pengukuhan akhlak pula, kita akan menjadi manusia berakhlak mulia seperti Junjungan Besar Nabi Mohamad saw. Dengan cara ini  barulah kita dapat nikmati kemanisan Islam.


Pengukuhan ilmu merupakan satu perkara yang amat penting. Jika kita tiada ilmu kita akan menjadi manusia yang gagal di dunia dan di akhirat. Untuk berjaya kita perlukan kapada ilmu pengetahuan dan mempraktikkan apa yang telah kita pelajari.


Kita juga perlukan mengukuhkan kedudukan ekonomi kita. Rata-rata masyarakat Islam Malaysia hari ini menjadi masyarakat pengguna sahaja. Kalau kita tenguk pasar tengah malam yang di kisahkan tadi peruncitnya adalah orang Islam, pembelinya adalah orang Islam, sementara pengilang dan pemborong adalah masyarakat bukan Islam. Sedangkan tiap jenis perniagaan nilai tambah sesuatu barangan terletak pada proses pengilangan  dan pemborongan.  Jadi penting bagi umat Islam berubah ke bahagian huluan stuktur kedudukan barangan utama negara.


Untuk berjaya juga kita perlukan satu "networking" yang mantap. Ini diperengkat luaran, sementara di perengkat dalaman pula kita perlu kukuhkan tali persaudaraan keluarga kita terutama hubungan suami isteri bagi ahli keluarga kita menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.


Akhir sekali ialah elemen jihad. Jihad bermaksud melakukan terbaik bagi ibadat khusus dan ibadat am.  Terbaik bermaksud apa saja amanah yang diberikan pada kita, akan kita tunaikan sebaik mungkin. Amanah untuk beribadah pada Allah swt, amanah mendidik keluarga, amanah di dunia pekerjaan akan dilakukan dengan cemerlang.  Insyallah kita akan menjadi manusia gemilang dan terbilang.


Sekiranya kita menjadi insan muslim yang cemerlang kita akan dapat menghayati ajaran Allah swt dan kita tidak akan mengabaikan segala perentah dari Allah swt.   


Marilah kita sama sama berdoa agar kita senantisa berusaha untuk mengukuhkan 6 perkara diatas. Moga moga kita menjadi hamba yang soleh dan solehah. AMIN. 




  

No comments:

Post a Comment