Powered By Blogger

Sunday, October 30, 2011

Ibadat Haji

22:27
Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.


 Surah Al Haj 27
Salam pada semua.



Satu ibadat yang memerlukan penggunaan  setiap sumber yang ada pada kita adalah  ibadat Haji. Kita perlukan tubuh badan yang sihat, sumber kewangan yang mencukupi, kekuatan rohaniah  yang mantap dan semangat juang yang tinggi, juga perlu punya pemikiran positif tiap ketika barulah kita dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna seperti yang dituntut oleh syarak.

Sebagai hamba Allah swt inilah salah satu daripada rukun Islam yang lima yang perlu kita tunaikan. Ibadat pelengkap diatas segala amalan yang telah kita lakukan sebelum ini. Pelengkap bermaksud satu ibadat yang memerlukan kemantapan dari setiap segi seperti yang disebutkan tadi.  

Sebagai misalan jika kita bersolat kita memerlukan  kekuatan rohaniah ia-itu beribadat semata   kerana Allah, secara relatif  kita tidak perlukan wang ringgit untuk melakukan solat. Kalau badan kita tidak sihat kita masih dituntut bagi melakukan solat . Bagi ibadat puasa pula kita hanya perlu untuk berniat untuk berpuasa dan berlapar hingga tenggelam matahari.  Secara relatifnya kita tidak perlukan pada wang ringgit, berbanding dengan solat sekiranya badan kita menghadapi penyakit yang kronik kita tidak dituntut untuk melakukan ibadat puasa.

Bagi mengerjakan ibadat Haji pula, memerlukan tiap sumber yang ada. Sekiranya kita tidak mempunyai wang ringgit yang mencukupi dan tubuh badan kita sendiri tidak sihat kita tidak dituntut untuk melakukan ibadat Haji dan Umrah.

Walau bagaimana pun secara keseluruhannya semua ibadah  yang dituntut oleh syarak memerlukan kapada kekuatan iman. Sebagai misalan bagi ibadat Haji ramai yang mengkisahkan bahawa sekiranya kekuatan iman ia-itu rohani kita mantap keputusanya akan dapat kita rasai secara tunai ia-itu pada ketika itu juga. Bagitu juga sekiranya kekuatan rohaniah kita nipis kesannya juga akan dirasai secara tunai juga.

Pengalaman penulis sendiri bila kita pergi menunaikan ibadat Haji kita perlu kapada minda yang positif dan banyak berdoa agar dimantapkan iman kita. Dalam erti kata lain  tiap ketika   melakukan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang. Bertakwa pada Allah swt tiap ketika barulah kita mendapat kemanisan ibadah.

Kalau kita ikut perentahNYA,  Allah swt akan bantu kita. Hubungan sesama jemaah bagitu mesra dan diberi kelapangan pada tiap ketika selama mana kita berada  di kedua- dua tanah suci tersebut.

Perhubungan suami isteri juga akan mesra jika rohani mantap tapi sekiranya rohani nipis besar kemungkinan akan timbul rasa tidak tenang bagi pasangan tersebut mengerjakan ibadat haji. Mana tidaknya si-suami asyik mencari kesalahan si-isteri sahaja jadi pasangan tersebut jadi tidak mesra menyebabkan tidak tenang pada tiap ketika semasa berada di kedua-dua tanah suci. 

Soalnya bagaimana hendak dapatkan kemantapan rohani. Ramai para ilmuwan mengatakan ini perlu kapada amalan harian  semasa di tanah air lagi. Orang masjid akan rasa sunyi sekiranya dia tidak ke masjid. Bagitu juga orang majlis ilmu akan rasa gelisah kalau tidak hadhir ke majlis ilmu. Para pembaca Quran juga akan merasa hari tersebut tidak lengkap sekiranya  dihari tersebut dia tidak  membaca beberapa lembaran kitab suci Al Quran. 

Penulis sendiri merasakan satu cabaran untuk mencapai tahap tersebut. Hanya mampu berusaha yang lainnya kita hanya mampu berdoa agar diterima segala kerja kebajikan kita.

Para ilmuwan mengatakan bila rohani mantap,  Insyaallah akan mendapat kemanisan beribadah termasuk mengerjakan ibadat Haji dan Umrah.
 Penulis doakan agar kita semua diberi kekuatan rohani justeru itu kekuatan iman untuk terus beribadah kapada Allah swt dan diampunkan semua dosa kita. AMIN.

Ibadat Qurban








22:28


"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

Surah Al Haj 28
Salam pada semua.

Satu daripada ibadat yang dituntut untuk kita lakukan pada 10 Zulhijjah pada setiap tahun adalah mengerjakan ibadat Qurban. Satu amalan yang telah dimulakan oleh Nabi Ibrahim as dengan menerima arahan dari Allah swt agar  menyembelih anaknya Nabi Ismail as . Arahan tersebut diterima melalui mimpi untuk beberapa malam. Mimpi yang sama juga telah diterima oleh Nabi Ismail as untuk menyerahkan dirinya untuk di sembelih oleh ayahandanya.  Bagitu tinggi semangat pengurbanan dan keimanan yang diltunjukkan  oleh kedua beranak ini semata-mata bagi menyahut perentah dan seruan dari Allah swt.

Bila saja kerja penyembelihan tersebut dilakukan oleh  Nabi Ibrahim as,  Allah swt telah menggantikan  jasad Nabi Ismail as dengan seekor kibas.  Bagitulah kisah bermulanya  ibadat Qurban sebagaimana yang telah kita pelajari di majlis majlis Ilmu menjelang 10 Zulhijjah.


Melalui ibadat Qurban ini, bagi peserta ibadat Qurban kita  dijanjikan oleh Allah swt segala dosa kita akan diampun apabila saja mengalirnya darah sembelihan binatang Qurban  tersebut dengan syarat kerja ibadat  tersebut "Ikhlas" kerana beribadat kapada  Allah swt.

Bagi yang mampu sememangnya  dituntut bagi melakukan ibadat Qurban. Jadi marilah kita sama-sama sahut seruan ini sebagaimana keyakinan yang ditunjukkan  oleh  Nabi Ibrahim as bila saja menerima perentah dari Allah swt bagi melakukan sembelihan terhadap anaknya.


Pengalaman penulis sendiri memang terasa sayu memikirkan bagitu lemahnya dan kerdilnya diri kita ini dihadapan Allah swt. Kita senantiasa mengharapkan keredhaan dari Allah swt. Setiap peluang beribadat yang ada, perlu kita rebut untuk mengambil bahagian kerana diri ini punya bagitu banyak kelemahan dan kekurangannya.  Kita perlu turut serta didalam sebarang kerja ibadat yang ada, moga-moga dengan kerja ibadat tersebut Insyaallah,  Allah swt akan  mengampunkan segala dosa kita yang lalu dan yang akan datang.. Kita hanya boleh berusaha dan berdoa agar segala yang kita lakukan mendapat keredhaan dari Allah swt. Kalau sadikit sangat amalan yang dilakukan apalah peluang yang ada bagi kita mendapat keampunan dan kerahmatan dari Allah swt. Setiap ruang yang ada perlu kita rebut untuk  turut serta.  Insyallah kita akan diberkati dan dirahmati oleh Allah swt. AMIN.

Penulis berdoa agar kita semua dirahmati oleh Allah swt dan diberi  rezeki dan kelapangan untuk turut serta didalam ibadat Qurban pada tiap tahun sehingga masa ditentukan kelak untuk kita kembali untuk  menemui penciptaNYA. AMIN.