Powered By Blogger

Monday, December 26, 2011

zikrullah

3:191


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


Al Imran  191


Assalammualaikum wrt kapada semua sahabat.

Marilah kita sama-sama banyak bersyukur pada Allah swt diatas nikmat Iman dan Islam, nikmat kehidupan dan nikmat beribadat yang telah dikurniakan pada kita semua. Selawat dan salam pada baginda Rasullallah saw yang telah memimpin dan memandu lita kearah jalan Iman dan Islam. Dengan selawat dan salam ini agar kita semua mendapat syaffaat dari Baginda Rasullallah saw dan mendapat meminum dari telaga khauthar dihari yang tidak ada sesiapa yang dapat membantu kita melainkan syaafaat dari Baginda Rasulallah saw dan rahmat dari Allah swt sendiri. 

Penulis berasa bersyukur kerana melalui blog ini penulis dapat berkongsi pandangan dengan ramai sahabat sahabat dari pelbagai negara. Penulis tidak menyangkakan bagitu ramai yang meminati ilmu-ilmu Islam terutama dari mereka dari luar negara. Blog ini ramai dikuti oleh mereka dari Amerika Syarikat dan Russia disamping dari negara asal penulis Malaysia.

Pengunjung blog ini mungkin para pelajar yang berbahasa Melayu menuntut di negara tersebut sekurang-kurangnya penulis dapat berkongsi pandangan dengan mereka. Disamping itu ada juga pengunjung dari Jepun, Korea, German dan sebagainya.

Melalui ruang siber ini ilmu-ilmu Islam dapat menembusi batasan sempadan keluar negara.  Bagitulah menafaat alam siber sekiranya kita menggunakannya secara positif.

Penulis hanya dapat mengkisahkan dalam alam siber ini berdasarkan pengalaman peribadi, kuliah-kuliah majlis ilmu yang diikuti saban malam dan melalui pembacaan. Penulis bukanlah seorang yang berkelayakan dalam ilmu -ilmu Islam hanya sekadar menyampaikan pandangan walau pun satu ayat.  Adalah lebih kemas sekiranya pembaca merujuk kembali kapada yang berkelayakan terhadap segala pandangan yang dikemukakan.  Walau bagaimana pun berdasarkan pengalaman peribadi penulis ilmu-ilmu Islam setelah diamalkan yakinlah bahawa ianya akan mendatangkan bekas. Yakinlah.

Ayat diatas menyarankan agar kita selalu berzikir dan melalui pengalaman peribadi penulis setelah banyak berzikir hati kita akan merasa aman dan tenteram. Penulis sarankan sebelum atau sesudah solat ambillah masa kira-kira setengah jam untuk membaca ayat-ayat suci Al Quraan atau sebarang zikrullah. Yakinlah kesan positif akan dapat dinikmati.  INSYALLLAH.

Sebagai penutup marilah kita sama-sama berdoa agar Allah swt selamatkan kita  dunia dan akhirat. AMIN.

No comments:

Post a Comment