Powered By Blogger

Thursday, November 24, 2011

Selawat

33:56

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.



Surah al Ahzab 56


Salam pada semua.

Ayat Al Quran diatas merupakan ayat yang wajib dibaca oleh Tuan Khatib bagi menyampaikan khutbahnya dalam solat fardhu Jumaat. Sekiranya tidak dibaca maka tidak sah bacaan khutbah tersebut. Sebagai jemaah saban minggu kita mendengar ayat tersebut dibahagian kedua khutbah. Selepas dari bacaan ayat tersebut, Tuan Khatib akan menyambungkannya  dengan bacaan selawat kapada Nabi Mohammad saw.  


Para ilmuwan ada menyebutkan kita sebagai jemaah solat Jumaat sewajarnya juga berselawat kapada Nabi Mohamad saw diketika tersebut. Di sebuah negara dibahagian selatan negara kita cara mereka mengerjakan solat Jumaat ialah  para jemaah akan berselawat serentak selesai saja Khatib membaca ayat tersebut.  Amalan bagitu menjadi kebiasaan mereka sewaktu mengerjakan solat Jumaat.


Sebagai amalan harian kita juga perlu berselawat pada Nabi Mohamad saw pada tiap ketika.


Pengalaman penulis sendiri dengan berselawat,  Allah swt akan mempermudahkan segala urusan kita.  Kemudian hati kita pula, Insyallah,  akan merasa tenteram.  Apakah  erti satu kehidupan, sekiranya hati kita tidak tenteram. Ambillah pandangan ini dan amalkan pada setiap ketika.


Disamping itu sekiranya kita menghadapi masaalah kesihatan seperti pening kepala, demam atau sakit dada,  disamping mengambil ubat sebagai usaha kita , usahakan juga dengan banyak  berselawat pada tiap ketika.  Dengan izin Allah swt penyakit kita akan cepat kebahnya.


Penulis pernah dinasihati oleh seorang Tuan Guru yang menyatakan amalan zikir yang paling dirasainya bagitu sesuai bagi dirinya ia-lah dengan berselawat. Sekiranya kita hendak membaca zikir lain pun boleh asalkan kita senantiasa basahkan bibir kita dengan berzikir.


Terdapat pelbagai bacaan selawat. Yang mudah dan serasi sebagai bacaan tiap ketika adalah selawat yang kita baca sewaktu solat dibahagian tahyat akhir.  Penulis sebagai amalan akan selalu semak bacaan selawat tersebut. Kadang kadang kita sebagai manusia biasa bila berzikir takut tersilap baris menyebabkan tersilap pula bacaannya. Jadi sebagai peringatan,  agar kita semua selalu menyemak bacaan kita dari kitab-kitab muktabar dan seterusnya dengan para ilmuwan. 


Sebagai penutupnya marilah kita sama-sama berdoa agar Allah swt bukakan pintu hati kita untuk menjadi hamba-hamba yang senantiasa membasahi bibir bibir kita dengan berzikir. AMIN

Aurat

33:55

Tidak ada salahnya kepada perempuan-perempuan (yang tidak berpakaian yang melindungi anggota yang haram dipandang oleh lelaki asing itu) menemui bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan saudara-saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara-saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara-saudara perempuan mereka, dan perempuan-perempuan Islam mereka, serta hamba-hamba yang dimiliki oleh mereka. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.


Surah Al Ahzab 55


 Salam pada semua.


Dari ayat diatas Allah swt perentahkan kapada kaum Hawa agar menutup aurat ia-itu seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan pada semua orang kecuali mereka yang tersebut dibawah;


     Bapa 
     Anak lelaki     
     Adek beradek lelaki.
     Anak saudara lelaki dari adek beradek lelaki.
     Anak saudara lelaki dari adek beradek perempuan, dan 
     Kaum sejenisnya.


Jadi ini bermaksud lelaki yang menjadi hubungan melalui walimatul urus  tidak boleh melihat aurat saudara perempuannya. Sebagai misalan  seorang bapa  saudara tidak boleh melihat aurat anak saudara perempuannya yang merupakan anak kapada adek ipar atau kakak iparnya. Jadi dilarang melihat aurat saudara yang merupakan anggota keluarga yang di impot ( hubungan persaudaraan hasil dari perkahwinan). 


Perkara yang sama juga untuk bersalaman. Seorang perempuan atau lelaki tidak dibenarkan bersalaman dengan saudara bukan sejenisnya "opposite sex" melainkan dengan adek beradek dan anak saudara dari adek beradek tersebut seperti yang diterangkan diatas.  Sekiranya saudara dari kalangan "import" 
( hubungan kekeluargaan hasil dari perkahwinan) maka adalah dilarang sama sekali untuk kita bersalaman.


Bagitu juga dengan sepupu kita, ipar duai yang merupakan hubungan jauh berbanding dengan anak saudara kita dilarang sama sekali dinampakkan aurat kita dan seterusnya dilarang sama sekali untuk bersalaman dengan mereka.


Moga-moga Allah swt perkuatkan iman kita dan kita patuh kapada segala larangan dari Allah swt. AMIN.

Monday, November 14, 2011

Kejayaan

29:45


Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Surah Al Angkabut 45


Salam pada semua.

Menurut ayat diatas ada beberapa perkara pokok yang menjadi pengajaran

  • Perlunya kita mematuhi ayat ayat Quran yang dibaca dan diajar oleh Nabi Mohamad saw
  • Dirikan solat dengan tekun.
  • Sesungguhnya solat mencegah dari kemungkaran.
  • Mengingati Allah swt dengan berzikir mempunyai manafaat dan kesan yang besar,
  • Allah swt mengetahui segala perkara yang kita lakukan pada tiap masa.


Perkara diatas menjadi perkara asas yang selalu diajarkan pada tiap majlis ilmu yang diadakan saban malam ditiap surau dan masjid.  Kalau kita amati syarahannya dari pelbagai sudut tapi asasnya ialah perlu bagi kita mengikut Al Quran dan Sunah Nabi Mohamad saw, dirikan solat dan banyak berzikir. 

Melalui pendekatan ini Allah swt janjikan kita tidak akan lakukan segala perkara yang dilarang syarak.  Disamping itu  ditingkatkan dengan banyak berzikir akan timbul sifat-sifat mahmudah ia-itu sifat-sifat yang terpuji.

Pengalaman penulis sendiri kebanyakan kita orang Islam faham akan ajaran ditas tapi bila sampai tahap pelaksanaan ramai yang kecundang termasuk penulis ini sendiri.

Ada seorang ilmuwan menghuraikan kita kecundang kerana kalah dengan tiga perkara pokok:

  • Hawa nafsu yang negatif
  • Cinta dunia
  • Godaan iblis dan syaitan.

Inilah musuh utama kita. Tiap ketika ketiga-tiga musuh ini perlu diperangi. Jalan untuk mengalahkan musuh utama ini ia-lah balik pada perkara diatas solat, ikut Quran dan Sunah dan banyak berzikir. Moga moga hati kita lembut untuk beribadat.

Akhir kata marilah kita berdoa agar Allah swt ampunkan dosa kita dan dilembutkan hati kita agar mudah beribadat pada NYA. AMIN  

Wassalam 


Akmal.

Isteri

4:19

Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).


Surah  An Nisak 19


Salam pada semua.

Ayat diatas memberi pengajaran kapada kita sebagai seorang suami agar senantiasa memelihara hubungan baik dengan isteri kita. Anggaplah sebarang kekurangan yang ada sebagai satu lumrah kehidupan sementelahan pula jasa seorang isteri bagitu banyak sekali. Janganlah kita hanya akibat dari satu hal yang remeh temah meninggalkan satu agenda besar untuk mendidik keluarga kita menjadi hamba yang solleh dan solehah.

Dari banyak penyelidikan yang dilakukan sebab musabab berlakunya ketidak tenteraman satu rumah tangga adalah berpunca dari kurangnya pendidikan agama. Sekiranya suami isteri patuh pada ajaran ugama dan memahami ayat yang dimaksudkan diatas seorang suami tidak akan meninggikan suaranya kapada seorang isteri.  Hargailah jasa seorang isteri.

Menurut ajaran agama kita menjadi kewajipan seorang suami menyediakan kemudahan fisikal mengikut kemampuan seorang suami. Sekiranya seorang suami mengharapkan rasa hormat dari anak kandungnya sendiri juga dari seorang isteri perlulah seorang suami bekerja kuat menyediakan tempat tinggal dan makan minum untuk keluarganya. 

Janganlah dibeban terhadap seorang isteri untuk mencari nafkah. Sunah Nabi Mohamad saw, Baginda berusaha dengan berniaga dan mengembala kambing bagi menyara hidup keluarganya. 

Bagi suami tiap belanja untuk keluarga merupakan sedekah dan pahala untuk sedekah bagitu tinggi sekali. Ada disebutkan 700 kali ganda dan lebih lagi menurut Kerahmatan dan Keberkatan  dari Allah swt sendiri. 

Janganlah kita menjadi "Haji Bakhil" tidak mahu menyara keluarga kita kerana segala kebajikan pada keluarga akan terserlah merupakan pahala dihari akhirat nanti.    Apalah keseronongan menghimpun simpanan harta dan wang ringgit sedangkan anak dan isteri hidup merana dikongkong oleh satu belanjawan yang agak sempit.

Bagitu juga dewasa ini menjadi satu trend si isteri membanting tulang sementara seorang suami tinggal dirumah didalam kerehatan memanjang.  Si isteri makin terseksa balik dari kerja perlu pula menyediakan makanan untuk suaminya pula. Bagitu besar pengorbanan yang dimainkan oleh seorang isteri.

Disamping kemudahan makan minum seorang suami perlu tentukan anak isteri mendapat pendidikan agama. Ini merupakan perkara pokok kalau segala neraca pertimbangan keluarga berasaskan kapada agama Islam yang suci, Insyallah hidup kita akan aman.

Bagi seorang isteri sungguh pun ayat diatas mengajak seorang suami berkasih sayang kapada isteri perlulah seorang isteri taat pada suaminya pada tiap ketika. Seorang isteri dijanjikan syurga sekiranya ia taat pada suami dan menjaga solat. Dua kretiria telah memadai untuk seorang isteri masuk kadalam syurga.

Bagi seorang suami pula ianya akan ditanya tentang amanahnya dalam pembentukan satu keluarga muslim. Sekiranya dia tidak dapat menunaikan amanahnya perlulah banyak banyak minta ampun dari Allah swt dan bertaubat diatas kesilapan kita.

Akhir kata penulis mengajak kita semua berdoa agar Allah swt mengampunkan segala dosa kita dan dimasukkan kita sebagai hambaNYA yang menunaikan segala perkara yang telah diamanahkan termasuk mendidik anak dan isteri menjadi insan yang soleh dan solehah. AMIN.

Wassalam

Akmal. 

Thursday, November 10, 2011

Ibu bapa

17:23

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).


17:24


Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."


Al Isyrak 23-24


Salam pada semua.

Dimasa kini kita dapati ramai dari kita yang tidak meraikan kedua ayahanda bonda kita sendiri. Meraikan dalam erti-kata selalu berhubung khabar dengan ayah bonda kita, menentukan keselamatan dan keselesaan kedua ayahanda bonda dan yang paling penting  tentukan kesempurnaan ayahanda bonda didalam beribadat kapada Allah swt.

Dari pengalaman penulis sendiri ramai yang mengkisahkan tentang hubungan antara anak dan ayahanda bonda mereka.  Ada kisah akibat dari kesempitan hidup  ada seorang ayah atau ibu terpaksa tinggal keseorangan di Pusat Penjagaan Orang-Orang Tua. Ada juga kisah dimana seorang ayah yang tinggal keseorangan telah memindah milik kesemua harta kepunyaannya kapada anak- anak kandungnya sendiri.  Kemudian dihalau keluar dari rumah asal kepunyaannya sendiri oleh si anak semata-mata mendengar karenah seorang isteri.  Ayah yang kini sedang menghabiskan masa tuanya terpaksa menumpang dirumah adiknya sendiri.  


Ada juga kisah seorang ayah yang tinggal kesaorangan ingin berkahwin untuk kali keduanya  telah dikurung oleh anak kandungnya sendiri. Ini bertujuan  bagi menghalang siayah dari berkahwin buat kali kedua setelah isteri pertamanya meninggal dunia beberapa tahun silam.

Para pembaca sendiri juga mempunya pelbagai kisah tentang hubungan dengan kedua ibu bapa kita. Kisah kisah ini menjadi iktibar dan muhasabah untuk diri kita sendiri. Kita perlu menjaga hubungan intim dengan kedua ibu bapa kita  kerana kiranya hubungan tersebut  pincang agak sukar bagi kita mendapat keredhaaan dari Allah swt. 


Dari segi analisa kes didapati kebanyakan hubungan menjadi pincang berpunca dari segi  pengurusan harta yang melibatkan wang ringgit dan harta tetap.  Dalam kes tidak membenarkan ayah kahwin kali kedua tadi adalah disebabkan anak takut harta ayah jatuh ketangan emak tirinya.


 Kebanyakan kes tertinggal dirumah orang tua pula adalah akibat dari sianak tidak mampu untuk menjaga kedua orang tuanya.  Jadi sebagai jalan penyelesaian menghantar orang tuanya  ke Pusat Penjagaan Orang-Orang Tua. Kadang kala ada kes melibatkan akibat "sakit tua" diri si-ayah atau si-ibu tidak terurus jadi jalan penyelesaian diserah kapada pihak berwajib untuk menjaga  orang tua tersebut.  


Didalam Islam ada penyelesaian ia-itu menggunakan kaedah "Hibah" sebagai satu cara untuk menghadiahkan harta kepunyaan si-ayah kapada anak kandung sendiri  dan isteri kedua setelah kita meninggal dunia. Kita juga boleh menggunakan kaedah hibah untuk menghadiahkan harta peninggalan ke Badan-badan amal Islam.


Kemudian bagi penjagaan ayah dan ibu pula kedua pihak perlu saling memahami keadaan. Anak perlu menyumbang sadikit dari harta pencariannya kapada kedua ibu-bapanya sendiri. Ini adalah semata-mata bagi mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah swt. Pengalaman penulis sendiri sekiranya kita menyumbang untuk kedua ibu bapa kita keberkatan dari Allah swt akan terserlah dengan rezeki kita bertambah dari punca  halal yang tidak dijangkakan. Jadi hadiahkanlah wang ringgit kapada kedua ibu-bapa kita tiap bulan walaupun sadikit.


Bagi golongan yang bergelar ayah dan bonda pula kenalah berdoa untuk kesejahteraan anak-anak kita. Agar  mereka  berjaya di dunia dan akhirat. Kita perlu hidup secara sederhana. Masa untuk bergaya dan berfoya telah pun berlalu. Jadi marilah kita gunakan sumber yang berbaki bagi mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah swt.  Pengalaman penulis sendiri sekiranya hubungan kita dengan Allah swt adalah  baik Insyaallah hubungan kita dengan anak-anak. juga adalah baik.


Akhir kata penulis ingin berdoa agar kita semua pembaca, penulis dan semua umat Nabi Mohamad saw menjadi umat yang beriman dan bertakwa , menjadi insan yang soleh dan solehah menjaga hubungan dengan Allah swt dan hubungan ayah bonda khususnya dan umat manusia amnya. AMIN.


Wassalam


Akmal.     

Thursday, November 3, 2011

Semangat

4:104


Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


Surah  An nisa  104


Salam pada semua.

Dalam kehidupan kita hari hari kita umat Islam kadang- kala merasa kecilnya kita dihadapan kejayaan orang bukan Islam di muka bumi ini. Kita seolah -olah tidak mempunyai jawapan diatas kegagalan kita menyaingi kejayaan duniawi masyarakat bukan Islam.

Satu perkara yang kita lepas pandang adalah kita mempunyai kepercayaan ugama yang kukuh bagi menandingi umat tersebut.   Seperti pada ayat diatas sebarang kekalahan kita walau dimana pun dimedan perang, ekonomi atau politik kita kena yakin sekiranya perjuangan tersebut kerana Allah swt kita akan mendapat balasan setimpalnya diakhirat nanti.

Bagi pejuang-pejuang Islam sepatutnya tidak rasa gusar jika gagal dalam perjuangan mereka. Yakinlah Allah swt akan membalas usaha tersebut kerana medan perjuangan ini adalah bertujuan bagi mencari keredhaan Allah swt semata.

Berbanding dengan orang bukan Islam bagi mereka erti perjuangan ialah mencari nama dan kekayaan. Puak pedagang Enggeris masa dulu merantau ribuan batu untuk meluaskan perdagangan mereka bagi mencari kekayaan harta benda sementara bagi yang cuma menyebarkan ugama mereka semata-mata mahu mencipta nama sahaja.

Kalau baca sejarah perjuangan Walisongo di Indonesia pula mereka berjuang semata-mata bagi mencari keredhaan Allah swt. Lihatlah perjuangan mereka seluruh dunia Nusantara telah menjadi dunia Islam. Sekiranya Nusantera tidak Islam maka jadilah daerah ini sebagaimana yang kita lihat di Pulau Bali Indonesia. 

Berdasarkan fakta tersebut kita perlu ambil iktibar walau apa saja medan yang kita ceburi yang lebih utama adalah kejayaan kita di akhirat nanti yang lebih kekal dan jauh lebih besar nikmatnya.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kita menjadi hamba yang soleh menjalankan segala perentahnya dan meninggalkan segala larangannya. AMIN  

Berjaya

33:35

" Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.


Surah Al ahzab 35


Salam pada semua.


Penulis telah membaca ayat tersebut dalam satu buku berkenaan mencari kebahagian hidup yangditulis oleh Sheikh Abdul Rahman Saadi ia-itu seorang penulis dari Timur Tengah. 

Ayat yang sama telah juga dibaca oleh seorang penceramah terulung di negara ini ketika beliau  mencapai tazkirahnya di satu majlis ilmu ditempat penulis.

Ayatnya menjurus kapada kerja-kerja kebajikan dan perkara yang dilarang yang perlu kita hayati dan amalkan.  Menjadi lumrah dalam kehidupan kita hari-hari  selalu berniat untuk melakukan perkara yang baik-baik sahaja tetapi sampai ketika akibat dari kelemahan kita kadang- kala tersasul juga melakukan perkara yang tidak dibenarkan oleh syarak.

Tempat yang selalu mula terjadinya perkara perkara yang negatif adalah dari mulut, kemudian dari langkah dan yang paling kerap terjadi kemungkaran berlaku berpunca dari hati.

Hati kita kalau tidak dijaga kadang-kala timbulkan syak wasangka yang tidak sepatutnya dan yang lebih ngeri lagi menduakan tuhan terbit dari perassan hati. Sebagai misalan hati tidak yakin rezeki dari Allah swt menyebabkan kita terjurus untuk melakukan perkara yang negatif. 

Kerja buruk yang dilakukan oleh mulut dan langkah kita juga bermula dari gerakan hati. Untuk ini kita perlu mendidik hati kita untuk melakukan kerja kebajikan seperti yang difirmankan oleh Allah swt yang dinukilkan diatas.

Mendidik hati merupakan satu benda yang ghaib sebab hati itu sendiri adalah benda yang dapat dirasa tetapi tidak dapat dipegang. Ada ilmuwan menyarankan  agar mendengari bisikan hati yang positif. Jangan terbawa bisikan hati  kapada perkara-perkara yang menghancurkan hubungan kita dengan Allah swt. 

Bawakanlah bisikan hati hati dengan mendidik diri kita melakukan perkara-perkara  yang positif seperti yang diarahkan pada ayat diatas. Moga-moga kita berjaya didunia dan akhirat.  





        

Wednesday, November 2, 2011

Peringatan

20:124

Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".

Surah Taha 125


Salam pada semua.

Didalam kehidupan kita hari-hari ramai dari kita yang mengeluh dengan dugaan yang datang silih berganti. Dugaan dari segi masaalah tempat kerja, dugaan dari segi pencapaian anak-anak kita, dugaan dari segi hubungan suami isteri dan keluarga dan kadang kadang dugaan dari segi keberkatan rezeki yang dinikmati tiap hari.

Ayat diatas dari surah Taha memberi ingatan kapada kita tentang penting mematuhi perentah Allah swt untuk mendapat kesenangan dan ketenangan kehidupan di dunia yang fana ini.

Allah swt memberi amaran hidup kita tidak tenang didunia dan yang lebih gerun lagi kehidupan yang amat pedih di akhirat dengan keadaan butanya mata kita.

Untuk itu penting bagi kita membina hubungan yang baik dengan Allah swt dengan menjalankan perentahnya dan meninggalkan segala larangannya.

Untuk mencapai tahap tersebut ada ilmuwan yang menyarankan agar perlunya kita berwaspada kapada tiga musuh utama. Ia-itu nafsu yang menjerus kapada kerosakan, cinta dunia yang keterlaluan dan syaitan yang senantiasa menggoda kita.

Ketiga-tiga unsur ini akan senantiasa mencari ruang untuk merosakkan kita umat Nabi Mohammad saw. Unsur syaitan sejak  dari zaman Nabi Adam as lagi telah berikhrar untuk menyesatkan umat manusia. Unsur nafsu jika tidak dididik akan menjadi penghalang bagi kita menjadi insan yang cemerlang.  Sementara cinta dunia yang keterlaluan akan menjauhkan kita dari beramal ibadat. 

Kita kenalah ambil konsep rebutlah kelazatan dunia selagi mana ianya tidak menjejaskan amal ibadat kita kapada Allah swt.  Sekiranya  kita mengejar dunia hingga meninggalkan sembahyang maka sia-sialah kehidupan kita di dunia ini.

Untuk mengawal ketiga-tiga unsur ini ramai ilmuwan menasihatkan kita agar senantiasa menjaga rukun Islam yang lima dan rukun iman yang enam. Disamping ibadat fardhu  tiap masa lapang perlulah kita penuhi dengan bacaan Quran, berzikir dengan bersalawat dan bacaan-bacaan lainnya, solat malam, mengawal hubungan sesama manusia, bergaul dengan orang yang soleh dengan erti kata lain  menunaikan semua kerja kebajikan dan amal ibadah yang dianjurkan oleh ugama kita.

Penulis sendiri pun mengakui yang kehidupanya juga menghadapi keadaan naik turun. Ada kalanya agak sukar  untuk jalankan kerja -kerja kebajikan. Sungguh pun usia dikirakan agak lanjut tapi dugaan yang disebutkan tadi senantiasa mendatang silih berganti. Amal ibadat pun masih kurang. Hanya dapat berdoa kapada Allah swt agar diampunkan segala dosa kita dan dirahmati kita pada tiap ketika agar kita semua menjadi umat yang senantiasa patuh dengan suruhannya.

Wassalam 

Akmal.