Powered By Blogger

Monday, December 26, 2011

zikrullah

3:191


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


Al Imran  191


Assalammualaikum wrt kapada semua sahabat.

Marilah kita sama-sama banyak bersyukur pada Allah swt diatas nikmat Iman dan Islam, nikmat kehidupan dan nikmat beribadat yang telah dikurniakan pada kita semua. Selawat dan salam pada baginda Rasullallah saw yang telah memimpin dan memandu lita kearah jalan Iman dan Islam. Dengan selawat dan salam ini agar kita semua mendapat syaffaat dari Baginda Rasullallah saw dan mendapat meminum dari telaga khauthar dihari yang tidak ada sesiapa yang dapat membantu kita melainkan syaafaat dari Baginda Rasulallah saw dan rahmat dari Allah swt sendiri. 

Penulis berasa bersyukur kerana melalui blog ini penulis dapat berkongsi pandangan dengan ramai sahabat sahabat dari pelbagai negara. Penulis tidak menyangkakan bagitu ramai yang meminati ilmu-ilmu Islam terutama dari mereka dari luar negara. Blog ini ramai dikuti oleh mereka dari Amerika Syarikat dan Russia disamping dari negara asal penulis Malaysia.

Pengunjung blog ini mungkin para pelajar yang berbahasa Melayu menuntut di negara tersebut sekurang-kurangnya penulis dapat berkongsi pandangan dengan mereka. Disamping itu ada juga pengunjung dari Jepun, Korea, German dan sebagainya.

Melalui ruang siber ini ilmu-ilmu Islam dapat menembusi batasan sempadan keluar negara.  Bagitulah menafaat alam siber sekiranya kita menggunakannya secara positif.

Penulis hanya dapat mengkisahkan dalam alam siber ini berdasarkan pengalaman peribadi, kuliah-kuliah majlis ilmu yang diikuti saban malam dan melalui pembacaan. Penulis bukanlah seorang yang berkelayakan dalam ilmu -ilmu Islam hanya sekadar menyampaikan pandangan walau pun satu ayat.  Adalah lebih kemas sekiranya pembaca merujuk kembali kapada yang berkelayakan terhadap segala pandangan yang dikemukakan.  Walau bagaimana pun berdasarkan pengalaman peribadi penulis ilmu-ilmu Islam setelah diamalkan yakinlah bahawa ianya akan mendatangkan bekas. Yakinlah.

Ayat diatas menyarankan agar kita selalu berzikir dan melalui pengalaman peribadi penulis setelah banyak berzikir hati kita akan merasa aman dan tenteram. Penulis sarankan sebelum atau sesudah solat ambillah masa kira-kira setengah jam untuk membaca ayat-ayat suci Al Quraan atau sebarang zikrullah. Yakinlah kesan positif akan dapat dinikmati.  INSYALLLAH.

Sebagai penutup marilah kita sama-sama berdoa agar Allah swt selamatkan kita  dunia dan akhirat. AMIN.

Ampun

3:147


Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

 Al Imran   147


Assalammualaikum wrt

Marilah kita memanjatkan kesyukuran terhadap Allah swt diatas nikmat yang dikurniakan kapada kita: nikmat kita dizahirkan sebagai umat Islam, nikmat berkeluarga sebagai umat Islam dan nikmat Iman dan Islam   yang dikurniakan pada kita semua.

Salam dan selawat kapada junjungan besar pemimpin kita Nabi Mohammad saw.  Agar kita semua mendapat syafaat dari Baginda saw dihari yang tiada siapa dapat membantu kita melainkan kerahmatan dari Allah swt dan syafaat dari Baginda Rasulallah saw.


Sebagai umat manusia kita tidak sunyi dari melakukan pelbagai kesalahan dan kesilapan. Ada hari diwaktu semangat memuncak kita mungkin  bagitu kyusuk beribadat tapi bila semangat pudar mungkin pula banyak kesilapan yang  kita lakukan. Penulis tidak mengatakan ini pada orang lain tapi untuk diri penulis sendiri yang bagitu banyak melakukan kesilapan.

Untuk ini kita perlulah banyak bertaubat, berishtighafar agar Allah swt lindungi kita dari melalui hari hari yang pudar semangatnya.  Agar kita senantiasa menjadi hamba-hamba yang taat pada perintah Allah swt.  Senantiasa memberi keutamaan kapada amal ibadat  kerana Allah swt semata-mata.

Pengalaman penulis sendiri sekiranya kita  senantiasa berishtiqamah melakukan ibadat semata-mata kerana Allah swt, Insyallah Allah swt  akan menambahkan lagi nikmat pada kita. Kadang-kala petunjuk akan datang dalam bentuk mimpi dan alamat yang tidak disangka sangkakan.  Ini semata -mata akan menambahkan lagi keyakinan kita terhadap ugama Islam yang suci sepanjang hayat kita.

Sebagai penutup marilah kita bersama-sama berdoa agar kita semua menjadi hamba yang soleh dan solehah. AMIN.   


Saksi

3:53


Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".


AL  Imran 53

Doa

3:16

(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";


Al Imran  16



Salam pada semua.

Alhamdullillah dengan izin Allah swt kita semua dapat meneruskan kerja ibadat kita pada setiap hari. Selawat dan Salam kapada junjungan besar Nabi Mohammad saw, Selawat dan Salam kapada keluarga Baginda dan  dan sahabat sahabat Baginda.

Sebagai umat Islam kita sewajarnya berdoa kahadapan Allah swt pada tiap ketika untuk kejayaan dan keberkatan hidup kita. Doa merupakan senjata mukmin dan Allah swt menjamin bahawa segala doa kita akan ditunaikan secara segara, ditangguh atau akan ditunaikan di akhirat nanti. Yang perlu kita hendaklah senantiasa berdoa kahadapan Allah swt.

Para ilmuwan ada mengatakan sekiranya doa kita tidak dimakbulkan di dunia,  ini adalah semata-mata kerana Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Tidak dilaksana tidak bererti ianya tidak mematuhi janji tapi sebenarnya Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya sendiri.

Kita masih ingat kisah seorang sahabat Nabi Mohammad saw ianya sangat miskin sehinggakan sahabat tersebut selepas solat jemaah terus pulang kerumahnya. Nabi Mohammad saw  bertanya pada sahabat tersebut mengapa tiap kali selepas solat berjemaah sahabat tersebut terus pulang kerumahnya. Jawapan dari sahabat tersebut adalah beliau perlu pulang segara kerana kain yang dipakainya  perlu berkongsi dengan isterinya pula bagi siisteri pula menunaikan solat dengan segera. Beliau tidak mampu untuk membeli pakaian bagi dipakai oleh isterinya untuk bersolat.

Akibat dari keadaan kemiskinan beliau, sahabat tersebut memohon pada Nabi untuk mendoakan untuknya agar hidupnya menjadi lebih baik. Nasihat Nabi kapada sahabat tersebut adalah biarlah kehidupannya seperti sekarang kerana bila hidupnya menjadi senang nanti mungkin sahabat nanti tidak pula dapat menunaikan perentah dari Allah swt.

Nasihat Nabi tidak diendahkan oleh sahabat tadi dan beliau terus merayu agar Nabi Mohamad saw mendoakan agar kehidupannya menjadi lebih baik lagi.

Bila Allah swt tunaikan doa dari Nabi Mohamad, kehidupan sahabat tersebut menjadi lebih baik tetapi beliau mula  tidak lagi datang solat berjemaah malah zakat dari hasil pemeliharaan kambingnya juga tidak dilaksanakan.

Jadi kita perlu ambil iktibar dari kisah ini, Kita sewajarnya terus berdoa kapada Allah swt pada tiap ketika dan terus berusaha bagi mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah swt. Hasilnya kita serahkan saja pada Allah swt. Pahala kita berusaha dan berdoa sudah cukup menjadi bekalan kita di dunia akhirat nanti. Insyallah.   

Janji

3:9


Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.


Al Imran  9

Kesesatan

3:8



Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya


Al Imran  8

Lupa dan tersalah

2:286


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".


Al Baqarah  286


Kebaikan

2:201


Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".



Al Baqarah 201

Taubat

2:128


"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;


Al Baqarah  128

Amalan

2:127

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;


Al Baqarah 127 

Monday, December 5, 2011

Malam

40:61


Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

Surah Al Ghafir 61
Salam pada semua.

Bagitulah nikmat yang Allah swt berikan kapada kita semua untuk bertugas pada waktu siang hari dan berehat pula pada waktu malamnya.


Pada waktu ini di negara kita arahan dari Allah swt menjadi terbalik pula. Diwaktu  malam dijadikan masa untuk mencari rezeki hingga kelarut malam. Pernah satu ketika penulis balik dari kampong dan sampai ke Kl penulis singgah kesatu kedai kopi.   Diwaktu dini pagi bagitu ramai pula remaja Islam menjadi pengunjungnya sedangkan  pada waktu paginya pula adalah hari bekerja.


Bagitu juga jika terdapat siaran lansung bola-sepak, peminat sukan tersebut tidak akan tidur hingga subuh hari semata-mata hendak menyaksikan perlawanan bolasepak pasukan "favourite" nya saja. Bagitu banyak masa malam yang terbuang sedangkan ajaran dari Allah swt mengarahkan hambanya beristerehat diwaktu malam.


Di kebanyakan bandar utama negara kita pula timbul penomena baru dimana pihak berkuasa tempatan mengadakan pasar malam dari jam 10 malam hingga jam 3 pagi pada tiap malam.  Pihak berkuasa tempatan secara lansung terlibat menggalakkan orang ramai khususnya orang-orang Islam agar mengabaikan ajaran dari Allah swt tersebut.


Pengajaran yang perlu kita ambil adalah penting kita umat Nabi Mohamad saw meningkatkan enam perkara berikut bagi menangkis unsur-unsur negatif yang menyerap masuk kedalam budaya umat Islam di negara kita ini.


Enam perkara tersebut adalah:
         Pengukuhan Akidah
         Pengukuhan Akhlak
         Pengukuhan Ilmu
         Pengukuhan Ekonomi
         Pengukuhan Persaudaraan
         Pengukuhan Jihad


Sekiranya enam perkara diatas dapat kita pertingkatkan, Insyallah kita semua akan menjadi insan-insan yang cemerlang dunia dan akhirat.


Pengukuhan akidah dengan erti kata yakin dengan kewujudan Allah swt, yakin dengan rezeki dan takdir dan yakin dengan ketentuan dari Allah swt.


Pengukuhan akhlak pula, kita akan menjadi manusia berakhlak mulia seperti Junjungan Besar Nabi Mohamad saw. Dengan cara ini  barulah kita dapat nikmati kemanisan Islam.


Pengukuhan ilmu merupakan satu perkara yang amat penting. Jika kita tiada ilmu kita akan menjadi manusia yang gagal di dunia dan di akhirat. Untuk berjaya kita perlukan kapada ilmu pengetahuan dan mempraktikkan apa yang telah kita pelajari.


Kita juga perlukan mengukuhkan kedudukan ekonomi kita. Rata-rata masyarakat Islam Malaysia hari ini menjadi masyarakat pengguna sahaja. Kalau kita tenguk pasar tengah malam yang di kisahkan tadi peruncitnya adalah orang Islam, pembelinya adalah orang Islam, sementara pengilang dan pemborong adalah masyarakat bukan Islam. Sedangkan tiap jenis perniagaan nilai tambah sesuatu barangan terletak pada proses pengilangan  dan pemborongan.  Jadi penting bagi umat Islam berubah ke bahagian huluan stuktur kedudukan barangan utama negara.


Untuk berjaya juga kita perlukan satu "networking" yang mantap. Ini diperengkat luaran, sementara di perengkat dalaman pula kita perlu kukuhkan tali persaudaraan keluarga kita terutama hubungan suami isteri bagi ahli keluarga kita menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.


Akhir sekali ialah elemen jihad. Jihad bermaksud melakukan terbaik bagi ibadat khusus dan ibadat am.  Terbaik bermaksud apa saja amanah yang diberikan pada kita, akan kita tunaikan sebaik mungkin. Amanah untuk beribadah pada Allah swt, amanah mendidik keluarga, amanah di dunia pekerjaan akan dilakukan dengan cemerlang.  Insyallah kita akan menjadi manusia gemilang dan terbilang.


Sekiranya kita menjadi insan muslim yang cemerlang kita akan dapat menghayati ajaran Allah swt dan kita tidak akan mengabaikan segala perentah dari Allah swt.   


Marilah kita sama sama berdoa agar kita senantisa berusaha untuk mengukuhkan 6 perkara diatas. Moga moga kita menjadi hamba yang soleh dan solehah. AMIN. 




  

Doa

40:60


Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.


Surah al Ghafir 60


Salam pada semua.

Surah Al Ghafir ayat 60 merupakan satu ayat yang selalu kita dengar.  Menyeru agar kita semua senantiasa berdoa kehadapan Allah swt dan Allah swt memberi jaminan yang apa yang kita hajatkan akan dimakbulkan. Insyaallah.

Sekiranya kita segan hendak berdoa apa yang Allah swt janjikan, kita akan menjadi ahli neraka dalam keadaan yang hina.

Kita harus sedar ada doa kita akan dimakbulkan pada masa terdekat, ada jua dimasa yang mendatang dan ada pula yang akan ditunaikan didunia akhirah nanti. Memandangkan dunia akhirah adalah yang kekal abadi sebaiknya kita terima permohonan kita ditempat yang terbaik dan yang kekal abadi. Jesteru tersebut marilah kita sama-sama teruskan ibadat kita dengan berdoa pada tiap ketika dan pada segenap urusan kita.  Moga moga doa kita dimakbulkan kalau tidak didunia kita mendapatnya di dunia akhirat nanti.

Ada ilmuwan yang mengkisahkan bahawa sekiranya Allah swt tidak menunaikan  hajat hambaNya dimasa yang terdekat ini bermakna Allah swt lebih mengetahui kedudukan yang terbaik untuk hambaNYa. Sekiranya ditunaikan juga mungkin hamba tersebut akan tidak dapat mengawal keadaan dirinya dan yang lebih parah lagi akan terus menjauhkan diri dari syariat Islam.

Jadi kita perlu senantiasa memohon doa pada tiap ketika dan masa. Pengalaman penulis sendiri, kita akan rasa gembira dan tenang selepas saja kita berdoa. Dengan berdoa kita dapat mengadu apa saja terhadap Allah swt. Jadi dengan berdoa sambil merintih pada Allah swt jiwa ini merasakan ada tempat untuk mengadu. 

Kita perlu yakin Allah swt akan tunaikan permohonan hambanya.  Diwaktu ini pun Allah swt telah menunaikan doa kita dengan diberinya pada kita pelbagai nikmat dan nikmat-nikmat tersebut tidak dapat kita hitung. Nikmat yang paling agung dan mulia ia-lah nikmat Iman dan Islam. Kemudian diikuti dengan tahap kehidupan kita yang lebih baik dari zaman silam.

Ini sendiri menunjukkan bagitu Pemurah dan Penyanyangnya  Allah swt pada hambanya.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah bukakan pintu hati kita dengan cahaya Iman dan Takwa dan kita menjadi hambaNya yang tidak jemu-jemu untuk berdoa. AMIN.